Isnin, 4 Januari 2010

Karnival Usahawan dan ICT Felda Jerangau


PENDAHULUAN
Medan InfoDesa yang dulu dikenali sebagai Pusat e-Komuniti adalah di bawah kelolaan Kementerian Luar Bandar & Wilayah ( KKLW ) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ( KETENGAH ). Sebanyak 30 telecenter yang berada dalam pengawasan pihak KETENGAH iaitu bermula dari daerah Kemaman sehingga ke daerah Hulu Terengganu. Walaubagaimanapun, terdapat 25 buah telecenter sahaja yang aktif.

Terdapat 3 buah Medan InfoDesa Daerah dan 27 buah Medan InfoDesa Mukim bermula dari FELDA Neram 1 sehingga ke daerah Hulu Terengganu. Telecenter-telecenter ini berfungsi sebagai hub bagi perkembangan teknologi maklumat dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi masyarakat setempat.

Pihak KETENGAH membekalkan keperluan seperti kemudahan bangunan telecenter ( bagi Medan InfoDesa Daerah ), komputer, baik pulih komputer, internet, latihan-latihan dan kursus-kursus komputer kepada masyarakat luar bandar. Selain itu, pihak KETENGAH turut menjadi tulang belakang kepada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di Medan InfoDesa baik dari segi pengurusan majlis aktiviti, bantuan kewangan, nasihat dan sokongan moral.

Setiap telecenter disediakan seorang Pengurus yang berkelulusan akademik sekurang-kurangnya diploma dalam jurusan Teknologi Maklumat. Pengurus-pengurus ini merupakan orang tempatan bagi setiap telecenter. Mereka menguruskan telecenter dan gaji mereka dibayar RM 11.32/jam bagi 5 jam sehari ( RM 11.32 * 5 jam ). Segala rekod-rekod seperti rekod kewangan bulanan, laporan aktiviti, diselia oleh pihak KETENGAH bagi memastikan rekod-rekod sentiasa dikemaskini dan tiada unsur-unsur penyelewengan berlaku.

KETERANGAN PROGRAM
Bagi menjayakan sesuatu program yang dirancang, semua pengurus MID terlibat perlu memainkan peranan yang penting iaitu dengan mempromosikan segala aktiviti yang akan diadakan dengan kepada setiap orang kampung samada secara formal ataupun tidak formal. Ini adalah bertujuan berita atau program ini mendapat liputan disegenap masyarakat.

Pada hari program tersebut berlangsung, masyarakat akan disediakan bas untuk menghadiri carnival tersebut, bas disediakan secara shuttle ( 2 jam sekali ) bagi memudahkan proses penghantaran pergi dan balik. Selain itu pengangkutan ini disediakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan masalah parking.

Dalam program tersebut golongan yang bertanggungjawab penuh adalah bahagian pengurusan iaitu yang dianggotai oleh pengurus-pengurus MID setiap Wilayah Ketengah manakala AJK kebanyakan terdiri daripada belia, golongan dewasa, JKKK, GPW yang ingin menyumbangkan tenaga dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Selain itu juga, mahasiswa dan mahasiswi yang sedang bercuti turut dialukan dalam menjayakan program ini. Penglibatan mereka ini adalah sebagai value added ( nilai tambah ) kepada mereka bagi mendapat pengalaman dan juga kemahiran yang bakal diperolehi.

Semasa program berlangsung, pasukan Rela dan juga Polis Daerah Dungun juga turut turun padang bagi memastikan keselamatan terjamin daripada anasir-anasir yang kurang sihat. Segala bahagian penginapan untuk semua disediakan di Kampung Jerangau ( Homestay ), Sukaneka dan pertandingan disertai oleh Jabatan KEMAS serta masyarakat kampung Wilayah KETENGAH.

TUJUAN PROGRAM
»Memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan ICT dalam kehidupan yang serba canggih kini.
»Mengumpulkan para usahawan KETENGAH dan negeri Terengganu dalam sebuah karnival.
»Memperkasakan peranan ICT bagi membantu para usahawan mempromosi produk mereka.
»Memperkenalkan peranan Medan InfoDesa kepada masyarakat dengan lebih agresif.

FAEDAH PROGRAM
»Memperkasakan penggunaan ICT dalam kehidupan.
»Dapat mengeratkan silaturrahim masyarakat Wilayah KETENGAH secara khususnya.
»Mewujudkan minat kepada masyarakat terutama usahawan menggunakan kemudahan ICT yang ada.
»Menggalakkan masyarakat untuk menggunakan Medan InfoDesa sebagai hub perhubungan ICT.

SASARAN KOMUNITI YANG DILATIH DAN YANG DIUNDANG
» Masyarakat FELDA Jerangau, Kampung Jerangau, FELDA Jerangau Barat dan Bandar al-Muktafi Billah Shah & masyarakat Wilayah KETENGAH.
( Golongan kanak-kanak sehingga warga emas ).
» Golongan usahawan Negeri Terengganu.
» Kakitangan jabatan-jabatan kerajaan.
( KETENGAH, KEMAS, PDRM, KDRM, HOSPITAL, BOMBA, KRAFTANGAN, PEJABAT DAERAH )
» Golongan swasta.
( Hotel FELDA Residence, Hotel Seri Malaysia, STR, Insuran TAKAFUL )

AKTIVITI PROGRAM
Hari Pertama : Jumaat ( 8 Januari 2010 )
Tempat : Medan InfoDesa Kg. Jerangau
Peralatan Disediakan : PC & Internet
Projektor
Skrin Putih
Notepad & Pen
Makan Minum
Tutor
Peserta : Golongan Belia Medan InfoDesa Wilayah KETENGAH
Jumlah Peserta : 40 orang
Cadangan Pertandingan : “ Pembinaan Blog Paling Kreatif “
- Bagi memenuhi syarat-syarat pertandingan, pihak kami memilih pembinaan blog sebagai aktiviti pertandingan pembangunan tempatan. Hal ini kerana blog adalah relevan kepada setiap lapisan umur. Selain itu, blog juga berperanan sebagai medium untuk mempromosi produk / perniagaan usahawan, perkongsian maklumat untuk pendidikan, dan kegunaan peribadi. Tambahan pula, blog adalah percuma, senang digunakan dan maklumat yang dimuatnaik dapat dikemaskini pada bila-bila masa sahaja. Disamping itu, para peserta dapat mempelajari banyak perkara mengenai ICT dalam satu masa seperti, mempelajari cara-cara untuk merekabentuk blog dengan pemilihan template-template yang pelbagai, para peserta dapat mempelajari cara-cara untuk memuat naik video / audio dan gambar, komen, berinteraksi terus dengan pemilik blog dengan menggunakan chat box, dapat memahami coding-coding ringkas berkaitan dengan blog.

TENTATIF PROGRAM
Waktu Aktiviti
07.30 – 08.00 pagi : Pendaftaran Peserta Kursus Komputer
08.00 – 08.15 pagi : Ucapan Perasmian Kursus Komputer-Wakil KETENGAH
08.15 - 10.15 pagi : Modul 1(Menyunting Gambar / Photoediting)
10.15 – 10.45 pagi : Minum Pagi
10.45 – 12.45 t/hari : Modul 2 & 3(Penceritaan Digital/DST Merekod Audio/Audio Recording)
12.45 – 02.00 petang : Rehat
02.00 – 03.30 petang : Modul 4(Merekacipta / Design)
03.30 – 05.00 petang : Modul 5(Membina Blog)
05.00 – 05.30 petang : Minum Petang
Bersurai

Hari Kedua : Sabtu ( 9 Januari 2010)
Tempat : Padang Bola FELDA Jerangau
Peralatan Disediakan : Tapak Karnival
Kanopi
Meja
Bekalan Elektrik
Minuman
Peserta : Masyarakat Wilayah KETENGAH
Jumlah Anggaran : 1000 orang Peserta ke Karnival

TENTATIF PROGRAM
Waktu Aktiviti
07.30 – 08.00 pagi : • Pendaftaran Peserta Pertandingan & Wakil Media
08.00 – 08.45 pagi : • Senaman Pagi ( Poco-poco )-Instruktor dari wakil Pusat Kesihatan Besar FELDA Jerangau & Penduduk Wilayah KETENGAH
• Gerai-gerai Karnival Mula Beroperasi
• Minum Pagi
- Urusetia & Peserta Pertandingan
09.00 – 11.00 pagi : • Pertandingan “ Pembinaan Blog Paling Kreatif “
09.15 - 10.45 pagi : • Pertandingan Sukaneka & Sepak Takraw Bermula
- Tarik Upih
- Ayam Ketupat
- Galah Panjang
- Rantaian Kasih
• Cabutan Bertuah Sesi 1
- 4 Nombor Bertuah :
• Ketibaan Perasmi Karnival & Dif-dif Jemputan
- YB Dato’ Haji Din Bin Adam
ADUN Bukit Besi
• Ucapan & Gimik Perasmian
• Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Pertandingan
• Cabutan Bertuah Sesi 2
- 4 Nombor Bertuah
• Lawatan YB ke Gerai-gerai Karnival:
• Makan Tengah Hari Urusetia
• Cabutan Bertuah Sesi 3
- 4 Nombor Bertuah
02.00 – 06.00 petang : • Cabutan Bertuah Sesi 4
- 4 Nombor Bertuah
• Pemenang “Kira Kacang” Diumumkan
• Pemenang Gerai Paling Menepati Tema Diumumkan
• Bersurai

CADANGAN LOKASI
Tempat : Padang Bola Sepak FELDA Jerangau
Keluasan Tapak : 200 ‘ x 100’
Kriteria Pemilihan : » Tapak yang luas.
» Kemudahan tempat letak kereta yang banyak.
» Kemudahan untuk beribadat kerana berhampiran Masjid.
» Kedudukan yang strategik iaitu di tengah kampung.

Peta Lokasi

PROMOSI
a.Banting
b.Poster
c.Banner
d.Fliers
e.Melalui siaraya ( Pengumuman di Masjid )
f.Melalui Media Radio, Internet (Email, Facebook, Friendster, Web KETENGAH, Blog)

0 ulasan:

Catat Ulasan