Selasa, 15 Disember 2009

Karnival Usahawan dan ICT Kg.Haji Taib,Perak


RINGKASAN
Karnival Usahawan & ICT yang dicadangkan adalah diatas usahasama Kedai.Kom Kampung Hj. Taib, Kulau Kurau dan Syarikat Teraju Techno dengan kerjasama, KPerak INC Corporation, JKKK Kg. Haji Taib dan Komuniti Bestari Pekan Kuala Kurau.

Karnival ini akan dijalan di Sek. Kebangsaan Kuala Kurau, Perak pad
a 17,18,19 dan 20 disember 2009.Aktiviti yang akan diadakan adalah seperti Pameran oleh agensi kerajaan, Syarikat telekomunikasi, Usahawan ICT dan sektor Industri Kecil Dan Sederhana (IKS). Antara agensi-agensi yang terlibat seperti Jabatan Penerangan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kesihatan,Polis, Bomba,Telekom, Celcom, dan PUNB.

Selain itu karnival ini juga diselitkan dengan Kursus Asas Komputer atau
lebih dikenali sebagai KPerak Komuniti Bridz dibawah anjuran KPerak INC Corporation (Rujuk Jadual).Kursus ini khusus untuk golongan belia dan golongan dewasa dan diberikan percuma kepada masyarakat sekeliling.

Acara tambahan seperti pertandingan Siber games, Sukaneka dan Senaman pagi juga turut diadakan bagi menarik para pengujung. Selain itu Ceramah ICT oleh tetamu jemputan dan Forum bersama pihak PUNB dan PNS akan memberikan sedikit sebanyak info kepada para pengunjung.


Karnival dijadualkan berakhir pada lewat petang dengan acara penutup serta penyampaian sijil dan hadiah kepada para peserta oleh Mohammad Zahir Bin Dato’ Abdul Khalid selaku Pengerusi Jawantankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak.

TUJUAN PROGRAM

Karnival Usahawan & ICT ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat luar Bandar mengenai aspek keusahawanan dan kepentingan ilmu ICT pada masa akan datang melalui pameran, ceramah dan aktiviti yang dijalankan.


FAEDAH PROGRAM

Karnival Usahawan & ICT yang dicadangkan ini banyak memberikan faedah kepada para peserta dan pengunjung antaranya mereka dapat pendedahan tentang teknologi ICT . Program ini juga dapat mempromosi kan perkhidmatan telecenter yang berdekatan. Disamping itu juga program ini juga dapat membantu usahawan-usahawan kecil untuk memperkenalkan produk mereka.Peserta yang terlibat juga dapat mempelajari teknik pengendalian komputer yang betul dan menambah ilmu ICT yang baru.


TARIKH PROGRAM

Pihak kami mencadangkan program karnival ini dijalankan pada :-
Tarikh : 19 – 20 Disember 2009
Masa : 7.30 pagi – 6.00 petang Hari : Sabtu & Ahad

Tempat Cadangan : Sekolah Kembangsaan Kuala Kurau

JADUAL PROGRAM

Hari

Program

Penyertaan

Hari Pertama

KPerak Kominiti Bridz

-Pengenalan Komputer

-Aplikasi Pejabat

-Internet

40 orang Penduduk kampung kategori Remaja/ KanakKanak

Hari Kedua

KPerak Kominiti Bridz

-Pengenalan Komputer

-Aplikasi Pejabat

-Internet

40 orang Penduduk kampung kategori Remaja/ KanakKanak

Hari Ketiga

Program ICT di bawah MSC Menyunting gambar/photoediting Merekod audio/audio recording Merekacipta/design Penceritaan digital/DST Membina blog

30 orang Penduduk kampung kategori Dewasa/ Remaja/ Kanak-Kanak

Hari Keempat

Karnival

Karnival 1000 orang


JADUAL AKTIVITI KARNIVAL

Masa

Aktiviti Dijalankan

Penyertaan

7.30- 8.30 Pagi

Senaman Pagi

Penduduk Kampung

8.30-10.30 Pagi

Sukaneka / Pameran

Penduduk Kampung

-Kanak-kanak

-Remaja

-Dewasa

10.30-12.30 Tgh.Hari

Seminar ICT/Pameran

Penduduk Kampung

12.30-1.30 Tgh.Hari

Rehat / Solat

Urusetia / Peserta Yang Terlibat

1.30-3.00 Petang

Permainan Siber Game /Pameran

Peserta yang terlibat

3.00-5.00 Petang

Majlis Penutup Dan Penyampaian Sijil

Penduduk Kampung

5.00 Petang

Majlis Bersurai

Penduduk Kampung


PELAN TAPAK KANIVAL


GAMBAR LOKASI


PENUTUP
Program Karnival Usahawan & ICT di kawasan Kuala Kurau, Kerian adalah sebuah karnival yang pertama kali dilakukan bertemankan Usahawan &ICT. Program karnival ini juga menyambut seruan kerajaan untuk membangunkan industri ICT di Negara ini. Begitu juga dengan “Semangat 1 Malaysia” dapat dipupuk melalui program ini dengan bercampur gaulnya kaum india, melayu dan cina di sekitar kawasan Kuala Kurau ini. Telecenter yang diwujudkan oleh kerajaan seperti Kedai Kom Kampung Haji Taib, Pusat Internet Desa ( PID), Pusat Perkhidmatan Ilmu & Komuniti Kampung Tersusun Raja Bashah ( PPIK ) , Perpustakaan Internet Desa Kampung Tersusun Raja Bashah terletak di kawasan Kuala Kurau dapat diperkenalkan dengan lebih lanjut tentang fungsi telecenter tersebut.Dengan hasil usahasama beberapa pihak, kami menggulung jutaan terima kasih kerana banyak membantu kami seperti MSC Malaysia sebagai penaung dengan memberi sumbangan untuk menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada Warisan Global yang begitu banyak membantu kami. Kami juga memberi penghargaan kepada urusetia dan organisasi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Karnival & ICT ini. Diharap juga program ini akan diadakan setiap tahun sebagai susulan kepada Program Karnival Usahawan & ICT di kawasan Kuala Kurau.


0 ulasan:

Catat Ulasan