Isnin, 4 Januari 2010

Karnival Usahawan dan ICT Pusat Jalur Lebar Lonek

Pengenalan
Pusat Jalur Lebar Komuniti Lonek (PJKL) merupakan salah satu projek kerajaan yang dilaksanakan dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat. Ia merupakan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia (TM), MSD Digital Intelligence (MSD) dan Kerajaan Negeri (UPEN dan Pejabat Daerah).

PJK memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT di kawasan luar Bandar. Ia juga bertujuan untuk merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat, dan mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT.
Perkhidmatan yang ditawarkan di PJKL antaranya adalah:
•Perkhidmatan Jalur Lebar (Internet)
•Perkhidmatan Internet tanpa wayar (Wireless)
•Kelas komputer
•Bengkel ICT
•Mencetak (Printing)
•Fotostat
•Mengimbas (Scan)
•Liminating
•Tambah nilai prabayar (Top Up)
•Perkhidmatan menjelaskan bil (TNB, ASTRO, dll) secara online
•Jualan barangan komputer
•Khidmat sewa pejabat untuk program ICT dan sebagainya

Kerjasama
Karnival Keusahawanan dan ICT ini dianjurkan oleh Pusat Jalur Lebar Komuniti Lonek (PJKL) dengan kerjasama:

•Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Lonek
•Kumpulan Pergerakan Wanita (KPW) Kg. Lonek
•Homestay Kg. Lonek
•Ikatan Belia Utama (IBU) Kg. Lonek
•Komuniti Bestari Kg. Lonek
•Jawatan kuasa Masjid Kariah Kg. Lonek
•Pusat Sumber Kemas Kg. Lonek

Tujuan
Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk:
•Mewujudkan masyarakat celik ICT
•Meningkatkan taraf pengetahuan komuniti luar bandar dan usahawan tempatan berkenaan bidang ICT setanding dengan komuniti dan usahawan di bandar
•Sebagai Pusat Kempen Kesedaran Jalur Lebar (meransang kesedaran komuniti khususnya kepada usahawan tempatan terhadap penggunaan jalur lebar (internet) di dalam bidang keusahawanan, perniagaan dan kehidupan seharian
•Melahirkan usahawan tempatan yang menggunakan kaedah Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam meningkatkan mutu dan hasil yang dikeluarkan samada di dalam bidang perternakan, pertanian atau perikanan
•Memupuk semangat keusahawanan dan celik ICT kepada masyarakat luar bandar khususnya
•Pusat Jaringan Sosial iaitu pusat untuk jaringan sosial antara PJK, Komuniti Setempat, Badan Organisasi Kerajaan, Bukan Kerajaan (NGO), dan pihak swasta.

Faedah Program
Antara faedah yang bakal diperolehi oleh komuniti dan pihak PJKL adalah:

•Komuniti setempat seperti komuniti pendidik, pelajar, ibubapa, belia, Jawatankuasa di peringkat kampung dan khususnya kepada komuniti usahawan mendapat maklumat yang bermanfaat berkenaan ICT melalui pameran, forum dan aktiviti yang bakal dijalankan nanti.
•Usahawan tempatan mendapat idea dan ilmu pengetahuan dalam meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran di dalam bidang masing-masing samada di dalam bidang pertanian, perternakan, pertanian dan kraftangan dengan menggunakan kaedah ICT.
•Memberi peluang kepada usahawan setempat menambah sumber pendapatan dengan mempamer dan menjual hasil keluaran mereka seperti Kraftangan Daun Getah, Kraftangan Buluh, Cendawan dan sebagainya.
•Memberi peluang kepada bakal-bakal usahawan mendapat ilmu pengetahuan berkaitan bidang yang ingin diceburi melalui kemudahan ICT.
•Meningkatkan ilmu dan taraf pengetahuan komuniti setempat berkaitan bidang keusahawanan amnya dan ICT khususnya.
•Mempromosikan produk kampung / kraftanganyang dikeluarkan oleh komuniti setempat.
•Memperkenalkan dan memberi maklumat kepada komuniti setempat berkenaan kemudahan ICT yang terdapat dan disediakan di kawasan ini seperti Pusat Jalur Lebar Komuniti Lonek sebagai Pusat Sehenti iaitu sebagai Pusat Capaian Maklumat (ICT Centre).

TENTATIF PROGRAM
HARI PERTAMA
TARIKH : 09 Januari 2010 (SABTU)
MASA : 7.30 pagi – 6.00 petang
TEMPAT : Pusat Jalur Lebar Komuniti Lonek (pjkl)
Dewan Dato’ Dr. Haji khalid
Masjid Kariah Kg Lonek
72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan

7.30 pagi : Pendaftaran peserta bengkel
8.00 pagi : Taklimat Bengkel (Menyunting gambar / photoediting)
10.00pagi : Minum Pagi
Majlis Perasmian Pembukaan
10.30pagi : Merekod audio/audio recording/Merekacipta/design
1.00petang : Makan tengahari / Solat
2.00petang : Penceritaan digital/DST
Pertandingan Pembangunan Kandungan Tempatan
6.00 petang : Bersurai

*Jadual boleh dipinda dan diubah mengikut aturcara yang telah ditetapkan oleh pihak MSC bagi bengkel ICT.

HARI KEDUA
TARIKH : 10 Januari 2010 (AHAD)
MASA : 7.30 pagi – 6.00 petang
TEMPAT : Kompleks Mini Sukan Serting Ilir
72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan

7.30 pagi : Tarian 1 Malaysia (Poco-poco)
8.00 pagi : Persiapan Booth / Pameran
10.30 pagi : EXPLORACE ICT / Sukaneka
11.30 pagi : Pertandingan Masakan & Gubahan Bertemakan ‘Keusahawanan & ICT’
1.00 petang : Rehat /Solat
2.00 petang : Pertandingan Memancing Ikan Puyu / Pertandingan Pidato
3.00 petang : Pertandingan Rekacipta dan Pelancaran Roket

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN & PENUTUP
KARNIVAL KEUSAHAWANAN & ICT 2009

4.15 petang : Kehadiran jemputan
4.45 petang : Kehadiran VIP/VVIP
5.00 petang : Ucapan Pengerusi Program
Ucapan Pengarah MSC
Ucapan dan perasmian penutup oleh:
YB TUAN SHAMSHULKAHAR BIN HJ. MOHD DELI
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Persembahan Sketsa Kanak-kanak
Penyampaian Hadiah & Cabutan Bertuah
Minum Petang
Persembahan Bongai
6.30 petang : Bersurai

Cadangan Lokasi
Tempat : Kompleks Mini Sukan Serting Ilir
72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan
Keluasan tapak : 500meter panjang dan 250meter lebar

Promosi
a)Laman Web
Promosi melalui laman web akan dijalankan. Kemudahan yang terdapat di Pusat Jalur lebar Komuniti Lonek (PJKL) dapat mengurangkan kos promosi program. Laman web PJKL ialah http://kglonek.pjk.com.my. Selain itu, kemudahan web percuma (freeweb) yang telah ada pada masa kini turut boleh digunakan sebagai saluran promosi. Antara laman web percuma seperti facebook.com, myspace.com dan lain-lain.
b)Banting
Promosi melalui banting akan dijalankan. Banting ini akan digantung di sepanjang jalan menghala ke Batu Kikir dan ke Bahau.
c)Banner
Promosi melalui banner akan dijalankan. Banner berukuran 20kaki x 3 kaki akan dipasang pada pagar di Kompleks Mini Sukan Serting Ilir, Batu Kikir di mana lokasi program bakal diadakan.
d)Poster / Risalah
Promosi melalui kaedah poster dan risalah akan dijalankan. Poster dan risalah akan diedarkan di lokasi tumpuan orang ramai seperti di masjid, kedai runcit, Pusat Jalur Lebar Komuniti Lonek (PJKL) dan sebagainya.
e)Melalui Siaraya
Promosi melalui siaraya akan dijalankan. Program ini akan dipromosikan melalui Sinar Harian samada dalam bentuk media cetak (surat khabar) ataupun melalui online; www.sinarharian.com.my
f)Melalui Media Radio
Promosi melalui media radio akan dijalankan. Program ini akan disiarkan secara langsung di stesen radio Negeri FM.

0 ulasan:

Catat Ulasan