PENGENALAN
Pusat Internet Desa (PID) Bandar Penawar telah ditubuhkan pada 3 November 2003 di bawah Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (KTKM) yang telah ditukar kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Sehingga kini terdapat 42 PID di seluruh negara yang dilengkapi dengan peralatan komputer, talian internet, mesin pencetak, mesin pengimbas dan lain-lain.
PID diwujudkan untuk merapatkan jurang digital di antara penduduk bandar dan luar bandar dan diselia oleh seorang Pengurus (Pegawai Tadbir N41) dan Penolong Pengurus (Penolong Pegawai Tadbir N27) yang dilantik oleh pihak Kementerian merangkap sebagai tenaga pengajar untuk memberikan latihan asas komputer kepada komuniti disamping menjadi agen perubah kepada komuniti terutama dalam bidang keusahawanan sebagai cabang sumber pendapatan dan menyahut cabaran negara Malaysia dalam bidang keusahawanan.
KETERANGAN PROGRAM
Pertandingan ini merupakan satu inisiatif ICT Kebangsaan dari Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia dalam usaha merangsang minda komuniti bagi menghasilkan karnival usahawan dan ICT yang menarik disamping menjana pembangunan kandungan tempatan (laman web komuniti).
Pusat Internet Desa (PID) Bandar Penawar bersama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara serta Pertubuhan Peladang Kawasan Pengerang telah merangka beberapa aktiviti & program sepanjang pertandingan ini.
TUJUAN PROGRAM
Mengadakan program Karnival Keusahawanan & ICT selaras dengan hasrat Kerajaan menjadikan keusahawanan sebagai sumber pendapatan rakyat dan menjadi pemankin pembangunan negara serta menggalakkan penggunaan ICT dalam segenap aspek kehidupan.
FAEDAH PROGRAM
1. Mengetengahkan produk usahawan sedia ada, usahawan baru & usahawan IKS terutamanya ke pasaran global.
2. Merangsang minda komuniti dalam mentadbir, menyelaras & bekerjasama dalam menjayakan sesuatu program terutama yang melibatkan komuniti.
3. Menjadikan karnival ini sebagai pemankin ke arah memartabatkan usaha komuniti yang terlibat dalam bidang keusahawanan selain mewujudkan kerjasama yang erat dikalangan komuniti setempat, dan penglibatan komuniti dapat mewujudkan budaya masyarakat yang harmoni & berdaya saing.
4. Sejajar dengan usaha kerajaan meningkatkan pencapaian dalam bidang keusahawanan serta menaikkan Bandar Penawar sebagai pusat destinasi pelancongan yang unggul.
AKTIVITI PROGRAM
Hari Pertama : Bengkel ICT
Tarikh : 21 November 2009 (Sabtu)
Tempat : Makmal Komputer
Kolej Komuniti Cawangan Bandar Penawar
Peralatan : 30 komputer / 2 Laptop / Capaian Internet
Topik : Web 2.0 & Multimedia Sebagai Medium Pemasaran Produk Keusahawanan
Modul :
1. Menyunting gambar/photo editing
2. Merekod audio
3. Merekacipta/design
4. Penceritaan digital / dst
5. Membina Blog
Hari Kedua : Pameran/Karnival
Tarikh : 22.11.2009
Tempat : Kompleks Pelancongan Tanjung Balau
Aturcara Program :
CADANGAN LOKASI
Lokasi : Kompleks Pelancongan Tanjung Balau
Peta Lakaran :
Semoga semua pusat telecenter dan pusat gerakan komuniti yang terdapat di Bandar Penawar dapat membantu mengerakkan komuniti dalam meneroka bidang perniagaan, keusahawanan, pertanian dan pelancongan sekaligus memartabatkan pencapaian komuniti bagi meningkatkan gaya hidup, pergaulan & segala input yang mereka terima menjadi asas kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Diharapkan jurang digital, jurang kemiskinan & jurang pergaulan dapat dihapuskan dalam diri setiap komuniti.
Jumaat, 20 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan