Pengenalan
Kertas kerja ini dikemukakan bagi tujuan mengadakan Karnival Keusahawanan & ICT Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam (PID) bersama Pusat Komuniti ITU-UUM dengan kerjasama Umno Adun Bukit Kayu Hitam dan Felda Bukit Tangga. Ia merupakan satu program yang mensasarkan golongan luar bandar untuk celik dalam bidang keusahawanan dan ICT. Jesteru bagi menuju ke arah itu, program yang di rancang ini di harap menjadi satu titik anjakan kepada golongan sasaran ini untuk mengunakan peluang ini sebaik mungkin dalam mencapai matlamat dan misi penganjuran.
Keterangan Program
Program ini akan diadakan selama dua hari iaitu pada hari minggu negeri Kedah iaitu Jumaat & Sabtu di mana cuti hujung minggu ini akan di gunakan sebaik mungkin oleh pihak penganjur dalam merealisasikan impian untuk membuka minda penduduk luar bandar dan bidang keusahawanan & ICT.
Tujuan Program
Program ini dianjurkan sebagai sokongan terhadap kerajaan yang sentiasa melihat penduduk luar bandar ini sebagai satu komuniti yang perlu di beri perhatian sejajar dengan saranan Perdana Menteri yang mewujudkan konsep 1 Malaysia. Dengan terlaksananya program ini, diharap dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada para peserta malah penduduk setempat dalam pendedahan ilmu keusahawanan dan ICT ini.
Faedah Program
Program yang di anjurkan ini merupakan satu program pemangkin kepada sektor ekonomi setempat selain sebagai satu laluan dalam pembaharuan cara hidup dengan kecanggihan ICT serta penglibatan secara langsung atau tidak dalam bidang keusahawanan dan mewujudkan satu kuasa pembeli terhadap produk keluaran usahawan tempatan. Ia dapat membantu usahawan dalam mempromosikan produk keluaran mereka semasa jualan dan pameran seterusnya memperkenalkan produk masing-masing. Disamping itu pelbagai bengkel keusahawanan dan ICT akan turut diadakan dan ini akan dapat memberi faedah yang besar kepada usahawan dalam mendalami ilmu keusahawanan dan ICT. Bagi pengunjung pula mereka akan memperolehi ilmu dan manfaat dari pameran beberapa agensi kerajaan yang akan turut serta.
Cadangan Lokasi
Lokasi : Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam
Tarikh : 11-12 Disember 2009
Kelengkapan :
-Dewan Serbaguna Felda Bukit Tangga Berhawa Dingin
-Padang Bola Sepak Felda Bukit Tangga bersebelahan Dewan Serbaguna – 2 Padang
-Kelengkapan Unit Siaraya oleh Felda Bukit Tangga
-Masjid Felda Bukit Tangga
-Gelanggang Futsal Felda Bukit Tangga
-Tandas Awam – Lelaki & Perempuan
-Bilik Solat Bersebelahan Dewan Serbaguna – 2 Bilik
-Tempat Letak Kereta 200 Unit
-Bekalan Elektrik Oleh Felda
-Bekalan Air Oleh Felda
Peta Lokasi
Pengisian Program
Hari Pertama (Jumaat, 11 Disember 2009) dan Hari Kedua (Sabtu, 12 Disember 2009)
Penutup
Dengan adanya program ini diharap dapat membantu usahawan dalam memgembangkan lagi bidang perniagaan yang diceburi serta memberi peluang baru yang berasaskan ICT. Pengunjung juga dapat memanfaatkan peluang yang diberikan untuk mendapatkan maklumat yang berguna dari pameran yang bakal diadakan. Kerjasama yang dimainkan oleh semua urusetia dan jabatan kerajaan dalam menjayakan program ini akan dapat dieratkan. Disamping program ini juga dapat membantu usahawan mendalami ilmu ICT untuk kegunaan dalam perniagaan mereka. Semoga dengan adanya program ini akan sedikit sebanyak menjayakan agenda kerajaan selaras dengan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Isnin, 30 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan