Selasa, 27 Oktober 2009

Pengumuman Pemenang!!!

Salam 1Malaysia,

Berita baik untuk para pemenang dari telecenter dan usahawan!!!


Pihak MSC Malaysia ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kesemua pasukan yang telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Mencipta Konsep dan Melaksana Karnival Usahawan dan ICT ini. Sokongan padu dan maklum balas positif serta memberansangkan yang telah ditunjukkan amatlah kami hargai.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak MSC Malaysia telah menilai dan membuat keputusan yang muktamad ke atas pemilihan 6 kertas cadangan terbaik bagi Karnival Usahawan dan ICT. Pasukan yang terpilih adalah seperti berikut :

i. PIK Chini Timur (P1), Pahang
ii. PID Bandar Penawar, Johor
iii. MID Felda Jerangau, Terengganu
iv. PID&UUM - ITU Bukit Kayu Hitam, Kedah
v. Kedai.kom Haji Taib, Kuala Kurau, Perak
vi. Pusat Jalur Lebar Lonek, Negeri Sembilan

Segulung tahniah diucapkan kepada pasukan yang telah berjaya. Pihak MSC Malaysia yakin bahawa kesemua pasukan terpilih akan dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang bagi menjayakan Karnival Usahawan dan ICT ini dengan cemerlang. Segala kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan dalam menjayakan program ini amatlah kami hargai dan didahulukan dengan
ribuan terima kasih.


0 ulasan:

Catat Ulasan