Khamis, 1 Oktober 2009

Soalan Lazim - Karnival Usahawan dan ICT

1. Bagaimanakah untuk menghantar borang penyertaan?
Emelkan kepada karnivalusahawandanict@gmail.com.
Templet Kertas Cadangan Karnival Usahawan dan ICT

2. Berapakah peserta diperlukan untuk 1 pasukan?
Dibenarkan 2-10 orang untuk 1 pasukan dan umur ahli pasukan hendaklah 18 tahun ke atas.

3. Berapakah hari karnival mesti diadakan?
Cuma 2 hari. 1 hari untuk karnival dan 1 hari untuk bengkel.

4. Adakah 6 pasukan yang terpilih akan berkongsi hadiah utama (RM10,000) ?
Tidak. Setiap pasukan yang terpilih akan menerima RM10,000 untuk melaksanakan karnival.

5.Dimanakah tempat yang sesuai untuk mengadakan karnival?
Hari Pertama, Bengkel – Hendaklah dibuat di tempat yang mempunyai prasarana yang sesuai, iaitu kelengkapan komputer dan sambungan internet.
Contoh : telecenter,sekolah,cybercafe.
Hari Kedua, Karnival – Boleh dibuat di padang,stadium,sekolah,tempat letak kereta dsb.

6. Bolehkah syarikat CyberCafe turut serta dalam pertandingan ini?
Boleh. Tetapi mesti bekerjasama dengan telecenter seperti PID,MID dll.

7. Apakah hadiah Saguhati?
Hadiah bernilai RM300.

8. Adakah dikenakan yuran penyertaan untuk menyertai pertandingan ini?
Tiada yuran dikenakan.

9. Adakah penyertaan dibenarkan untuk masyarakat bandar?
Masyarakat bandar dibenarkan untuk menyertai tetapi mesti bekerjasama dengan telecenter luar bandar dan karnival juga dilaksanakan di luar bandar.

10. Adakah peserta-peserta yang menyertai bengkel akan menerima sijil penyertaan?
Pihak penaja akan mengeluarkan sijil secara digital dan pihak pencadang perlu mencetak menggunakan bajet karnival.

11. Bajet RM10,000 digunakan untuk apa?
Digunakan untuk kos pengendalian karnival. Pihak pencadang juga boleh mendapatkan dana daripada penaja-penaja lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan